Azan Ismail
Azan Ismail | |
|---|---|
| أذن إسماعيل | |
| Ketua PKR cabang Kuala Terengganu | |
| Dalam jawatan 2022–2025 | |
| Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu | |
| Dalam jawatan 2018–2021 | |
| Digantikan oleh | Nik Nazmi Nik Ahmad |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Bandar | |
| Dalam jawatan 2013–2018 | |
| Digantikan oleh | Ahmad Shah Muhamed |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Indera Mahkota, Pahang | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2013 | |
| Didahului oleh | Datuk Wan Adnan Wan Mamat |
| Digantikan oleh | Fauzi Abdul Rahman |
| Majoriti | 1,027 |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 10 Mei 1965 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
Azan Ismail (lahir 10 Mei 1965) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Bandar selama sepenggal (2013-2018) dan mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota selama sepenggal (2008-2013). Di peringkat parti beliau ialah Ketua PKR Cabang Kuala Terengganu dan mantan Pengerusi PKR Terengganu.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional-UMNO, Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan majoriti sebanyak 1,027 undi. Beliau memperolehi 19,823 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 18,796 undi.