Azan dan iqamat


Bahasa Arab
أَذَان
Transliterasi
azan
Terjemahan
panggilan sembahyang

Azan (Arab: أَذَان, rumi: adzān terbitan kata kerja Arab: أَذِنَ, rumi: adzina "mendengar") atau bang (Jawi: باڠ, dalam sesetengah dialek) adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamat (Arab: إِقَامَة, rumi: iqāmah terbitan kata kerja َقَام qāma "berdiri; bangkit; bangun") bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.