Anugerah MeleTOP Era 2018

Anugerah MeleTOP Era 2018
Semasa: Anugerah MeleTOP Era 2018
JenisUpacara anugerah
PeneranganPelakon, Penyanyi, Juruhebah radio
PenajaEra FM, Sinar FM, Zayan, Gegar
Tarikh8 April 2018
LokasiAxiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Negara Malaysia
PengacaraNeelofa, Nabil Ahmad, Dibantu bersama Jihan Muse & Sherry Alhadad
Pengacara prapersembahanRadin
Hani Fadzil
Fakhrul Radhi
Kali pertama2001
Liputan televisyen/radio
RangkaianAstro Ria
Astro Ria HD
Astro Prima
Astro Maya HD
Astro AME18
Astro AME18 HD
Diterbitkan olehRaqim Ahmad Ramli
Tapak web
Laman web rasmi
Kronologi
Anugerah MeleTOP Era 2017 Anugerah MeleTOP Era 2019 
sunting · sunting di Wikidata

Anugerah MeleTOP Era (AME) merupakan anugerah sulung anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era FM. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat. Anugerah ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran Anugerah Era dan menggunakan tema "Yang Hit, Yang Legend". Terdapat sebanyak 18 kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi Astromobile. Program ini ditaja oleh kosmetik Aurawhite.

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek calon lima terbaik daripada 20 pencalonan awal yang telah tersenarai dibuka kepada orang ramai. Bagi pusingan ini, orang ramai diberi pilihan untuk mengundi calon-calon kegemaran mereka untuk 18 buah kategori melalui dua cara iaitu menerusi khidmat undian secara online di dua buah laman web iaitu www.meletop.com.my dan era.je ataupun menerusi aplikasi Astro View yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store mulai 18 Disember 2014.