Astro Maya HD

Astro Maya HD
Negara Malaysia
Kawasan penyiaran Singapura
Ibu pejabat Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
Saluran saudaraAstro Ria
Astro Prima
Astro Oasis
Astro Citra
Astro Rania
Astro Aura
Sejarah
Dilancarkan 24 Jun 2013
1 Ogos 2022
Ditutup 14 Januari 2019
Digantikan olehAstro Prima HD
Astro Oasis HD
Ketersediaan
IPTV
Singtel TVSaluran 609 (HD)
Media penstriman
Singtel TVSingtel TV GO
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox television channel dengan parameter tidak diketahui "iptv_serv_1"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox television channel dengan parameter tidak diketahui "iptv_chan_1"

Astro Maya HD ialah saluran televisyen satelit ke udara yang dimiliki oleh Astro dan dilancarkan pada 24 Jun 2013. Maya HD menampilkan drama, telefilem, hiburan, dan program realiti yang disiarkan dalam format definisi tinggi (HD) untuk saluran yang tiada dalam pek Mustika (rancangan dari saluran pek Mustika disiarkan melalui Mustika HD) termasuklah Astro Ria, Prima, Oasis, Ceria, TVIQ dan Arena (tapi mempunyai saluran HD kendiri secara pop-up pada tahun 2015).

Maya HD juga bersiaran secara percuma melalui NJOI dan pelanggan Astro juga dapat menikmati saluran ini dalam Family Pack (sebelum dijenamakan kepada Primary Pack pada November 2021)

Namum, apabila Astro Prima & Oasis bersiaran HD kendiri secara serentak pada 14 Januari 2019, saluran ini telah hilang hak kepentingannya dalam mana-mana saluran di Astro dan akhirnya ditamatkan serta rancangan Maya HD juga diasingkan dan diserap ke dalam saluran HD kendiri Astro Prima & Oasis sendiri.

Pada 1 Ogos 2022, Astro Maya HD dilancarkan semula melalui Singtel TV, sebuah perkhidmatan IPTV dari Singtel di Singapura dan disiarkan di saluran 609. Pratonton percuma sehingga 14 Ogos 2022 untuk pelanggan Singtel TV sebelum dimasukkan ke dalam Pek Citra Maya.