Anugerah MeleTOP Era 2019

Anugerah MeleTOP Era 2019
JenisUpacara anugerah
PeneranganPelakon, Penyanyi, Juruhebah radio
PenajaERA, Sinar, Zayan, Gegar
Tarikh21 April 2019
LokasiAxiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
NegaraMalaysia
PengacaraJihan Muse
Nabil Ahmad
Neelofa
Pengacara prapersembahanAin Edruce
Haniff Hamzah
Kali pertama2014
Kini dipegang oleh
Liputan televisyen/radio
Rangkaian
Tempoh tayangan145 minit
Diterbitkan olehRaqim Ahmad Ramli
Tapak web
Laman web rasmi
Kronologi
 Anugerah MeleTOP Era 2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Anugerah MeleTOP Era 2020 
sunting · sunting di Wikidata

Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) merupakan anugerah anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat. Anugerah ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran Anugerah Era dan menggunakan tema "Yang Legit, Yang Legend". Terdapat sebanyak 18 kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi Astromobile. Program ini ditaja oleh Nivea.

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek calon lima terbaik daripada 20 pencalonan awal yang telah tersenarai dibuka kepada orang ramai. Bagi pusingan ini, orang ramai diberi pilihan untuk mengundi calon-calon kegemaran mereka untuk 18 buah kategori melalui dua cara iaitu menerusi khidmat undian secara online di laman web Anugerah MeleTOP Era dan Era ataupun menerusi aplikasi Astro View yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store mulai 18 Disember 2014.