Anugerah MeleTOP Era 2017

Anugerah MeleTOP Era 2017
JenisUpacara anugerah
PeneranganPelakon, penyanyi, juruhebah radio
PenajaEra FM, Sinar FM
Tarikh23 April 2017
LokasiStadium Malawati, Shah Alam
NegaraMalaysia
PengacaraJohan Raja Lawak
Nabil Ahmad
Neelofa
Kali pertama2017
Liputan televisyen/radio
RangkaianAstro Ria
Astro Ria HD
Astro Prima
Astro Maya HD
Diterbitkan olehRaqim Ahmad Ramli
Tapak web
Laman web rasmi
Kronologi
Anugerah MeleTOP Era 2016 Anugerah MeleTOP Era 2018 
sunting · sunting di Wikidata

Anugerah MeleTOP Era (AME) merupakan anugerah sulung anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era FM. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat. Anugerah ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran Anugerah Era dan menggunakan tema "Yang Hit, Yang Legend". Terdapat sebanyak 18 kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi Astromobile. Program ini ditaja oleh kosmetik Aurawhite.

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek calon lima terbaik daripada 20 pencalonan awal yang telah tersenarai dibuka kepada orang ramai. Bagi pusingan ini, orang ramai diberi pilihan untuk mengundi calon-calon kegemaran mereka untuk 18 buah kategori melalui dua cara iaitu menerusi khidmat undian secara online di dua buah laman web iaitu www.meletop.com.my dan www.era.fm ataupun menerusi aplikasi Astro View yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store mulai 18 Disember 2014.