Anugerah Akademi ke-81

Anugerah Akademi ke-81
Tarikh 22 Februari 2009 (2009-02-22)
Tempat Teater Kodak
Hollywood, Los Angeles, California, A.S.
Rangkaian ABC
Pramajlis
  • Jess Cagle
  • Tim Gunn
  • Robin Roberts
Pengacara Hugh Jackman
Penerbit Bill Condon
Laurence Mark
Pengarah Roger Goodman
Tempoh 3 jam, 30 minit
Filem Terbaik Slumdog Millionaire
Anugerah terbanyak Slumdog Millionaire (8)
Pencalonan terbanyak The Curious Case of Benjamin Button (13)
 < ke-80 Anugerah Akademi ke-82 > 

Majlis Anugerah Akademi ke-81 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2008 dan berlangsung pada Februari 22, 2009 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Bill Condon dan Laurence Mark. Hugh Jackman mengacarakan majlis ini buat kali pertama. Dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Februari 7, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Jessica Biel.

Slumdog Millionaire memenangi lapan anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik untuk Danny Boyle. Pemenang-pemenang yang lain termasuk The Curious Case of Benjamin Button dengan tiga anugerah, The Dark Knight dan Milk dengan dua anugerah Departures, The Duchess, La Maison en Petits Cubes, Man on Wire, The Reader, Smile Pinki, Toyland, Vicky Cristina Barcelona dan WALL-E dengan satu anugerah.