The Reader (filem 2008)
| The Reader | |
|---|---|
| Pengarah | Stephen Daldry |
| Lakon layar | David Hare |
| Berdasarkan | Der Vorleser oleh Bernhard Schlink |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Sinematografi |
|
| Disunting oleh | Claire Simpson |
| Muzik oleh | Nico Muhly |
| Diedarkan oleh | The Weinstein Company |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 124 minit |
| Negara |
|
| Bahasa |
|
| Bajet | $32 juta |
| Pecah panggung | $108.9 juta |
The Reader adalah sebuah filem drama romantik pada tahun 2008 yang diarahkan oleh Stephen Daldry dan ditulis oleh David Hare, berdasarkan dari novel berbahasa Jerman pada tahun 1995 dengan nama yang sama yang ditulis oleh Bernhard Schlink. Dibintangi oleh Kate Winslet, Ralph Fiennes, dan David Kross. Filem ini merupakan yang terakhir untuk produser Anthony Minghella dan Sydney Pollack, yang keduanya meninggal dunia sebelum ia dilancarkan. Pengeluaran filem ini bermula di Jerman pada bulan September 2007, dan filem ini dibuka dalam siaran terhad pada 10 Disember 2008.
Filem ini mengisahkan Michael Berg (David Kroos), seorang remaja berbangsa Jerman yang ketika itu berusia 15 tahun pada tahun 1958, mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang lebih tua, Hanna Schmitz (Kate Winslet). Hanna menghilangkan diri dan muncul kembali bertahun-tahun kemudian setelah didakwa dalam perbicaraan jenayah perang yang berpunca dari tindakannya sebagai pengawal di sebuah penjara penahanan pihak Nazi. Michael yang ketika sedang menyambung pengajian guamannya menyedari bahawa Hanna menyimpan suatu rahsia peribadi yang dia percayai lebih buruk daripada masa lalu bersama dengan Nazi - rahsia yang jika didedahkan akan dapat membantunya di menyelamatkannya. Hanna dilihat seperti dianiaya oleh rakan-rakanya yang lain sehingga menyebabkan dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Walaupun mendapat ulasan dan kritikan yang pelbagai, Winslet dan Kross, yang memainkan watak Michael (muda), mendapat pujian atas persembahan mereka; Winslet memenangi beberapa anugerah untuk peranannya, termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Selain itu, filem itu sendiri dicalonkan untuk beberapa anugerah utama lain, termasuklah Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik.