Anugerah Akademi ke-82

Anugerah Akademi ke-82
Tarikh Mac 7, 2010
Tempat Teater Kodak
Hollywood, Los Angeles, California, A.S.
Rangkaian ABC
Pramajlis Jess Cagle
Kathy Ireland
Sherri Shepherd
Pengacara Alec Baldwin
Steve Martin
Penerbit Bill Mechanic
Adam Shankman
Pengarah Hamish Hamilton
Tempoh 3 hours, 37 minutes
Filem Terbaik The Hurt Locker
Anugerah terbanyak The Hurt Locker (6)
Pencalonan terbanyak Avatar dan The Hurt Locker (9)
 < ke-81 Anugerah Akademi ke-83 > 

Majlis Anugerah Akademi ke-82 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2009 dan berlangsung pada Mac 7, 2010 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Bill Mechanic dan Adam Shankman. Alec Baldwin dan Steve Martin mengacarakan majlis ini. Martin mengacara buat kali ketiga; beliau pertama kali mengacara semasa Anugerah Akademi ke-73 pada tahun 2001 dan kali terakhir semasa Anugerah Akademi ke-75 pada tahun 2003.

Pada Jun 24, 2009, presiden Akademi Sid Ganis mengumumkan bahawa dalam usaha untuk menarik semula minat terhadap anugerah ini, majlis 2010 akan menampilkan sepuluh calon Filem Terbaik berbanding lima. Pada Februari 20, 2010, dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Elizabeth Banks.

The Hurt Locker memenangi enam anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik untuk Kathryn Bigelow, wanita pertama untuk memenangi Pengarah Terbaik. Pemenang-pemenang yang lain termasuk Avatar dengan tiga anugerah, Crazy Heart, Precious: Based on the Novel "Push" by Sapphire dan Up dengan dua anugerah dan The Cove, Inglourious Basterds, The Blind Side, Logorama, Music by Prudence, The New Tenants, The Secret in Their Eyes, Star Trek dan The Young Victoria dengan satu anugerah.