Akademi Seni dan Sains Filem

Akademi Seni dan Sains Filem
Academy of Motion Picture Arts and Sciences
Kerangka
KependekanAMPAS
Jenis/bentuk sahPersatuan perdagangan
No. ID cukai95-0473280
Status undang-undang501(c)(6)
TujuanUntuk mengiktiraf dan mempertahankan kecemerlangan dalam seni dan sains filem, membangkitkan imaginasi, dan menghubungkan dunia melalui medium gambar bergerak.
Keanggotaan (2020)9,921 (2020) 
Anggota bagiNational Digital Stewardship Alliance 
Tapak webwww.oscars.org 
Sejarah
Ditubuhkan11 Mei 1927 (1927-05-11)
PengasasRichard Barthelmess, Jack Holt (pelakon), Conrad Nagel, Milton Sills, Douglas Fairbanks, Harold Lloyd, Mary Pickford, Cecil B. DeMille, Frank Lloyd, Henry King, Fred Niblo, John M. Stahl, Raoul Walsh, Charles Christie, Sid Grauman, Jesse L. Lasky, M. C. Levee, Louis B. Mayer, Joseph M. Schenck, Irving Thalberg, Harry Warner, Jack L. Warner, Harry Rapf, Joseph A. Ball, Cedric Gibbons, Roy Pomeroy, Joseph Farnham, Benjamin Glazer, Jeanie MacPherson, Bess Meredyth, Carey Wilson, Frank E. Woods 
Pengurusan
PengerusiDouglas Fairbanks, William C. deMille, M. C. Levee, Conrad Nagel, Theodore Reed, Frank Lloyd, Frank Capra, Walter Wanger, Bette Davis, Walter Wanger, Jean Hersholt, Charles Brackett, George Seaton, George Stevens, B. B. Kahane, Valentine Davies, Wendell Corey, Arthur Freed, Gregory Peck, Daniel Taradash, Walter Mirisch, Howard W. Koch, Fay Kanin, Gene Allen, Robert Wise, Richard Kahn, Karl Malden, Robert Rehme, Arthur Hiller, Robert Rehme, Frank Pierson, Sid Ganis, Tom Sherak, Hawk Koch, Cheryl Boone Isaacs, John Bailey, David Rubin 
PresidenJanet Yang (sejak 2022)
Subsidiari
  • Yayasan Muzium Akademi
  • Yayasan Akademi
  • Yayasan Archival
  • Yayasan Arkib Vine Street
Perangkaan
Hasil/pendapatan (2019)AS$ 147,889,867
Pembayaran2019
Perbelanjaan AS$ 103,813,370
Kakitangan/pekerja (2018)255
Sukarelawan (2018)632
Lokasi
Ibu pejabatBeverly Hills, California
Lokasi
Koordinat34°04′02″N 118°23′14″W / 34.067157°N 118.387347°W / 34.067157; -118.387347
sunting · sunting di Wikidata

Akademi Seni dan Sains Filem (AMPAS), juga dikenali sebagai Akademi Filem atau Akademi adalah sebuah pertubuhan profesional yang memberi penghormatan kepada kemajuan kesenian dan perfileman. Ditubuhkan pada 11 Mei 1972 di California, organisasi ini bertujuan untuk meningkatkan industri seni dan perfileman serta dianggotai oleh lebih 6 000 karyawan yang pakar dalam seni perfileman.

AMPAS dianggotai sekitar 9,921 orang karyawan setakat April 2020, di mana keanggotaannya dibuka kepada para pembuat filem di seluruh dunia. Pertubuhan ini lebih dikenali melalui acara penghargaan seperti Anugerah Akademi (juga dikenali sebagai Anugerah Oscar) Selain itu, Akademi juga mengadakan Anugerah Gabenor secara tahunan untuk pencapaian sepanjang hayat dalam perfileman, Anugerah Saintifik dan Teknikal, Anugerah Akademi Pelajar untuk pembuat filem di peringkat prasiswa dan siswazah, memberikan sehingga lima Kefeloan Nicholl dalam Penulisan Lakon Layar serta mengendalikan Perpustakaan Margaret Herrick (di Pusat Fairbanks untuk Kajian Gambar Bergerak) di Beverly Hills dan Pusat Pickford untuk Kajian Gambar Bergerak di Hollywood. AMPAS juga membuka Muzium Filem Akademi pada tahun 2021.