Anugerah Akademi untuk Pengarah Terbaik
| Anugerah Akademi untuk Pengarah Terbaik | |
|---|---|
Pemenang terkini: Sean Baker | |
| Nama asli | Academy Award for Best Director (en) |
| Jenis | Award for best direction (en) , Anugerah Akademi |
| Penerangan | "Pencapaian kecemerlangan dalam arahan sinematik" |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Disampaikan oleh | AMPAS |
| Kali pertama | 1929 (untuk arahan dalam filem dikeluarkan semasa musim filem 1927/1928) |
| Kini dipegang oleh | Sean Baker Anora (2024) |
| Tapak web | |
| oscars.org | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Anugerah Akademi untuk Pengarah Terbaik (secara rasmi dikenali sebagai Anugerah Akademi untuk Arahan Terbaik) ialah sebuah anugerah dipersembahkan setiap tahun oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS). Ia diberi sebagai penghormatan kepada pengarah filem yang telah menunjukkan arahan luar biasa semasa bekerja dalam industri perfileman. Anugerah Akademi Pertama diadakan pada tahun 1929 dimana anugerah itu dibahagikan kepada kategori Dramatik dan Komedi; Frank Borzage dan Lewis Milestone menang menerusi Seventh Heaven dan Two Arabian Knights. Walau bagaimanapun, kategori-kategori ini digabungkan untuk kesemua majlis susulan.
Untuk sebelas tahun pertama Anugerah Akademi, pengarah-pengarah dibenarkan untuk dicalonkan lebih daripada satu filem dalam tahun yang sama. Walau bagaimanapun, selepas Michael Curtiz dicalonkan untuk dua filem, Angels with Dirty Faces dan Four Daughters di Anugerah Akademi ke-11, peraturan telah disemak semula supaya individu hanya boleh dicalonkan untuk satu filem pada setiap majlis. Peraturan ini sejak itu telah dipinda tetapi satu-satunya pengarah yang menerima lebih daripada satu pencalonan pada tahun yang sama adalah Steven Soderbergh untuk Erin Brockovich dan Traffic pada tahun 2000.
Sejak penubuhannnya, anugerah ini telah diberikan kepada 69 pengarah atau pasukan pengarah. John Ford memenangi anugerah terbanyak dalam kategori ini dengan empat anugerah. William Wyler telah dicalonkan sebanyak dua belas kali, lebih banyak dari mana-mana individu lain. Setakat majlis anugerah tahun 2020, Bong Joon-ho adalah pemenang terbaru dalam kategori ini untuk kerjayanya di dalam filem Parasite.