Anugerah Akademi ke-80

Anugerah Akademi ke-80
Tarikh Februari 24, 2008
Tempat Teater Kodak
Hollywood, Los Angeles, California, A.S.
Rangkaian ABC
Pramajlis Samantha Harris
Regis Philbin
Shaun Robinson
Pengacara Jon Stewart
Penerbit Gil Cates
Pengarah Louis J. Horvitz
Tempoh 3 jam, 21 minit
Filem Terbaik No Country for Old Men
Anugerah terbanyak No Country for Old Men (4)
Pencalonan terbanyak No Country for Old Men dan There Will Be Blood (8)
 < ke-79 Anugerah Akademi ke-81 > 

Majlis Anugerah Akademi ke-80 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2007 dan berlangsung pada Februari 24, 2008 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Gil Cates dan diarahkan oleh Louis J, Horvitz. Jon Stewart mengacarakan majlis ini buat kali kedua selepas kali terakhir mengacara Anugerah Akademi ke-78 pada tahun 2006. Dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Februari 9, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Jessica Alba.

No Country for Old Men memenangi anugerah terbanyak dengan empat termasuk Filem Terbaik. Pemenang-pemenang yang lain termasuk The Bourne Ultimatum dengan tiga anugerah, La Vie en Rose (La Môme) dan There Will Be Blood dengan dua anugerah dan Atonement, The Counterfeiters, Elizabeth: The Golden Age, Freeheld, The Golden Compass, Juno, Michael Clayton, The Mozart of Pickpockets, Once, Peter and the Wolf, Ratatouille, Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street dan Taxi to the Dark Side dengan satu anugerah.