Amelina

Amelina
Amelina pada September 2018.
Kelahiran
Norazlina binti Amir Sharipuddin

(1974-08-04) 4 Ogos 1974
Nama lainAlin, Kak Long
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, model
Tahun aktif1994–1999, 2014–kini
PasanganReduan Mahmood (k. 1999; c. 2016)
Anak-anak6
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanWarner Music Malaysia (1994-1999)
Kegiatan berkaitan

Norazlina Amir Sharipuddin atau lebih dikenali sebagai Amelina (lahir 4 Ogos 1974) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia yang terkenal pada era 1990-an. Beliau sinonim dengan irama Dangdut yang disampaikan secara pop kontemporari sehingga digelar 'Ratu Dangdut Malaysia' ekoran kejayaan dan pencapaian beliau mencatat jualan setiap albumnya yang mencecah ratusan ribu unit.

Antara lagu-lagu Amelina yang terkenal ialah "Rindu", "Anak Dara", "Katanya Nyatanya" dan "Memori Daun Pisang''. Beliau juga pernah memenangi Anugerah Industri Muzik Air (AIMA) dan beberapa anugerah platinum sepanjang aktif sebagai penyanyi. Beliau pernah menghilangkan diri dari radar industri muzik selama 15 tahun hingga menyebabkan dunia muzik dangdut mengalami kesuraman yang amat ketara sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke dunia seni pada tahun 2014. Pada tahun 2018, beliau merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelima. Beliau masih aktif sehingga kini. Beliau terkenal dengan lagu Asyik.