Sheeda
Sheeda | |
|---|---|
| Juga dikenali sebagai | Sheeda |
| Kelahiran | 21 Januari 1964 Tumpat |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | Dangdut & Pop |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Tahun aktif | 1988 |
| Kegiatan berkaitan | Mascara, Amelina, Mas Idayu, Ani Maiyuni |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Anak | Bienda |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Sayyida Beevi binti M. Shahul Hameed (lahir 21 Januari 1964) atau lebih dikenali sebagai Sheeda merupakan seorang penyanyi era 80-an yang mula komersial dan popular pada pertengahan era 90-an di Malaysia. Selain itu, Sheeda juga sinonim dengan gelaran Diva Dangdut Malaysia oleh peminat-peminatnya, SheedaDanz. Bintang dangdut Malaysia ini juga merupakan ibu kepada penyanyi Bienda dan kakak kepada pelakon Norseha Hameed. Pada tahun 2015, beliau telah menyertai program realiti Gegar Vaganza Musim Ke-2 dan pada tahun berikutnya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia.