Iwan Syahman

Iwan Syahman
Kelahiran
Wan Syahman bin Wan Yunus

(1961-01-01) 1 Januari 1961
Kisaran, Asahan, Sumatera Utara, (kini Indonesia)
PekerjaanPenyanyi
Penerbit
Komposer
Tahun aktif1991–1993: Pop Melayu
1994–1999: Dangdut
2011–kini: Nasyid

Wan Syahman bin Wan Yunus (lahir 1 Januari 1961) atau lebih dikenali sebagai Iwan ketika zaman kemuncaknya bergelar Raja Dangdut Malaysia merupakan seorang penerbit, penulis lagu dan penyanyi yang bergiat aktif di dalam lapangan muzik Malaysia. Beliau kini masih memperjuangkan muzik dangdut, tetapi dalam genre nasyid sejak tahun 2009 dengan nama komersil Iwan Syahman. Beliau terkenal dengan lagu dangdut dan pop melayu malar segar seperti "Yang Sedang-sedang Saja", "Fantasia Musim Cinta", "Cinta Keruan" dan "Wulan".