Air (molekul)
Artikel ini berkaitan dengan air dari segi perspektif kimia dan teknikal. Untuk melihat gambaran umum tetang air, sila lihat Air.
| |||
| Nama | |||
|---|---|---|---|
| Nama IUPAC pilihan
Air | |||
| Nama IUPAC sistematik
Oksidana (tidak digunakan secara umum) | |||
Nama lain
| |||
| Pengecam | |||
Imej model 3D Jmol
|
|||
| 3587155 | |||
| ChEBI | |||
| ChEMBL | |||
| ChemSpider | |||
| DrugBank | |||
| Nombor EC |
| ||
| 117 | |||
| KEGG | |||
PubChem CID
|
|||
| Nombor RTECS |
| ||
| UNII | |||
| |||
| |||
| Sifat | |||
| H2O | |||
| Jisim molar | 18.01528(33) g/mol | ||
| Rupa bentuk | Pepejal berhablur putih yang hampir tanpa bau atau tanpa berwarna, cecair tanpa berwarna dengan dengan sedikit kebiruan, gas tanpa warna | ||
| Bau | Tidak berbau | ||
| Ketumpatan |
| ||
| Takat lebur | 0.00 °C (32.00 °F; 273.15 K) | ||
| Takat didih | 99.98 °C (211.96 °F; 373.13 K) | ||
| Keterlarutan | Kurang larut dalam haloalkana, hidrokarbon alifatik dan aromatik, eter. Keterlarutan yang lebih baik dalam karboksilat, alkohol, keton, amina. Larut campur dengan metanol, etanol, propanol, isopropanol, aseton, gliserol, 1,4-dioksana, tetrahidrofuran, sulfolana, asetaldehid, dimetilformamida, dimetoksietana, dimetil sulfoksida, asetonitril. Larut campur separa dengan dietil eter, metil etil keton, diklorometana, etil asetat, bromin. | ||
| Tekanan wap | 3.1690 kilopascal atau 0.031276 atm at 25 °C | ||
| Keasidan (pKa) | 13.995 | ||
| Kebesan (pKb) | 13.995 | ||
| Asid konjugat | Hidronium H3O+ (pKa = 0) | ||
| Bes konjugat | Hidroksida OH– (pKb = 0) | ||
| Kekonduksian haba | 0.6065 W/(m·K) | ||
Indeks biasan (nD)
|
1.3330 (20 °C) | ||
| Kelikatan | 0.890 mPa·s (0.890 cP) | ||
| Struktur | |||
| Struktur kristal | Heksagon | ||
| C2v | |||
| Bentuk molekul | Bengkok | ||
| Momen dwikutub | 1.8546 D | ||
| Termokimia | |||
| Muatan haba tentu, C | 75.385 ± 0.05 J/(mol·K) | ||
| Entropi molar piawai S |
69.95 ± 0.03 J/(mol·K) | ||
Entalpi pembentukan
piawai (ΔfH⦵298) |
−285.83 ± 0.04 kJ/mol | ||
Tenaga bebas Gibbs (ΔfG˚)
|
−237.24 kJ/mol | ||
| Bahaya | |||
| Bahaya-bahaya utama | Lemas Runtuhan salji Keracunan air | ||
| NFPA 704 (berlian api) | |||
| Takat kilat | Non-flammable | ||
| Sebatian berkaitan | |||
Anion lain
|
| ||
pelarut berkaitan
|
|||
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |||
| pengesahan (apa yang perlu: /?) | |||
| Rujukan kotak info | |||
Air (H2O) ialah sebatian tak organik berkutub, berbentuk cecair yang tidak ada rasa mahupun bau pada suhu bilik, yang hampir tidak berwarna dengan kebiruan sedikit sahaja. Ia merupakan sebatian kimia yang paling banyak dikaji dan digambarkan sebagai "pelarut sejagat" dan "pelarut kehidupan". Ia juga merupakan bahan yang paling banyak ditemui di permukaan Bumi dan satu-satunya bahan biasa yang wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas di permukaan Bumi. Ia juga merupakan molekul ketiga paling banyak di alam semesta (di belakang molekul hidrogen dan karbon monoksida).
Molekul air membentuk ikatan hidrogen antara satu sama lain dan sangat berkutub. Kekutuban ini membolehkan ia mengasingkan ion dalam garam dan terikat kepada bahan kutub lain seperti alkohol dan asid sehingga melarutkannya. Ikatan hidrogennya menyebabkan banyak sifat uniknya, seperti mempunyai bentuk pepejal yang kurang tumpat daripada bentuk cecairnya, takat didih 100 °C yang agak tinggi untuk jisim molarnya, dan kapasiti haba yang tinggi.
Air bersifat amfoterik, bermakna ia boleh mempamerkan sifat asid atau bes, bergantung pada pH larutan yang berada di dalamnya; ia mudah menghasilkan kedua-dua ion H+ dan OH−. Berkaitan dengan sifat amfoteriknya, ia mengalami pengionan sendiri. Hasil aktiviti atau hampir boleh dikatakan sebagai kepekatan H+ dan OH− merupakan satu pemalar, maka kepekatan masing-masing adalah berkadar songsang antara satu sama lain.