Ahmad Said (ahli politik)
Ahmad bin Said SSMZ, DPMT, ASM, PJK (Terengganu) | |
|---|---|
| Pengerusi KETENGAH | |
| Menyandang jawatan 15 Mei 2022 | |
| Menteri | Ahmad Zahid Hamidi |
| Didahului oleh | Razali Idris |
| Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
| Dalam jawatan 21 Mac 2019 – 28 Jun 2023 | |
| Didahului oleh | Ahmad Razif Abd Rahman |
| Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Kijal | |
| Dalam jawatan 22 Mac 2004 – 28 Jun 2023 | |
| Didahului oleh | Mehamed Sulong |
| Digantikan oleh | Razali Idris |
| Pengerusi UMNO Terengganu | |
| Dalam jawatan 2019–2023 | |
| Didahului oleh | Mahdzir Khalid |
| Digantikan oleh | Rozi Mamat |
| Dalam jawatan 2008–2014 | |
| Didahului oleh | Idris Jusoh |
| Digantikan oleh | Ahmad Razif Abdul Rahman |
| Menteri Besar Terengganu | |
| Dalam jawatan 24 Mac 2008 – 12 Mei 2014 | |
| Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin |
| Didahului oleh | Idris Jusoh |
| Digantikan oleh | Ahmad Razif Abd Rahman |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 15 Februari 1957 Teluk Kalung, Chukai, Kemaman, Terengganu |
| Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
| Pasangan | To' Puan Seri Hajah Norliza binti Mahmud |
| Anak | 8 (termasuk Cash Farhan) |
| Tempat belajar | Universiti Sains Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Laman web | Blog rasmi |
Dato' Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said, S.S.M.Z., D.P.M.T., A.S.M., P.J.K. merupakan bekas ADUN Barisan Nasional kawasan Kijal yang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu oleh Sultan Mizan Zainal Abidin pada 24 Mac 2008 hingga 12 Mei 2014. Perlantikan itu pada awalnya tidak dipersetujui pimpinan UMNO yang sebaliknya menyokong Dato' Seri Idris bin Jusoh. Pada peringkat parti, beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Terengganu dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (turut hadir). Beliau pernah terkenal pada suatu ketika dahulu dengan kehebatanya berdebat di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu berhubung isu-isu pentadbiran kerajaan Negeri Terengganu. Beliau dilantik menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pada 15 Mei 2022 bagi menggantikan Senator Datuk Razali Idris.