Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
SPMP, DPMP (Perak)
Menteri Kewangan II
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 7 Julai 2016
Didahului olehNor bin Mohamed Yakcop
Digantikan olehJohari Abdul Ghani
Majoriti9,325 (PRU-13)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi P63 Tambun, Perak
Dalam jawatan
26 April 1995 – 9 Mei 2018
Didahului olehNawawi Mat Awin
Digantikan olehAhmad Faizal Azumu
Maklumat peribadi
Lahir (1952-07-21) 21 Julai 1952
Perak
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Seri Fauziah binti Kamarudin
Anak4
Pekerjaan Menteri Kewangan II, Ahli Parlimen
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"

Yang Berbahagia Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (lahir 21 Julai 1952) merupakan bekas Menteri Kewangan II Malaysia. Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen bagi bahagian Tambun di Perak.

Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak dan berketurunan Suku Banjar. Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Fauziah Kamarudin dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Adik perempuan beliau pernah berkhidmat dan menabur jasa disebuah syarikat guaman Maxwell, Kenion, Cowdy & Jones pada tahun 1996. Syarikat guaman yang terkenal di Ipoh itu masih ada menyimpan beberapa fail dan dokumen penting mengenai hartanah-hartanah yang ditinggalkan oleh seorang hartawan perlombongan misteri yang berselindung disebalik nama samaran Kulup Lembang yang terkenal di Tambun itu.