Sekolah Dato' Abdul Razak

Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)
Lokasi
Sungai Gadut, 71450, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah, Sekolah kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi
MotoBerilmu Untuk Berjasa
Nombor sekolah6066770806
Kod sekolahNEB4137
PengetuaMohd Noor Hakim bin Ismail
Faks6066781790
Laman sesawangSekolah Dato' Abdul Razak


Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) premier yang terletak di Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun 2008, SDAR telah dinobatkan sebagai sekolah kluster kecermerlangan (SKK) manakala pada tahun 2010, SDAR merupakan antara sekolah yang dipilih sebagai kohort pertama Sekolah Berpresetasi Tinggi (SBT). Selain itu, sekolah ini juga diklasifikasikan sebagai sekolah berasrama penuh premier kerana pelajar sekolah ini merupakan semua Melayu dari serata Malaysia.Sesuai dengan statusnya sebagai sekolah premier, sekolah ini hanya menerima pelajar lelaki berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) memiliki 608 pelajar, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 608 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009