Achik Spin

Achik Spin
Kelahiran
Abdillah Murad bin Md. Shari

(1983-07-01)1 Julai 1983
Meninggal dunia17 April 2010(2010-04-17) (umur 26)
Sebab kematianKemalangan Jalan Raya
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Pelakon
  • Ahli Perniagaan
Tahun aktif1998–2010
PasanganH.M. Rose Zaitul Wati Maarof (k. 2005–2010)
Anak-anak3 (1 meninggal dunia)
Saudara
  • Nurul Azua (kakak sulung)
  • π– π—π—‚π—Œ 𝖲𝗉𝗂𝗇 (𝖺𝖽𝗂𝗄)
  • Khalis Real Spin (adik)
  • Tajul Ariff (adik bongsu)
  • Beby Acha (𝖺𝖽𝗂𝗄)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanFantasia Music City (FMC)
Kegiatan berkaitanSpin, Achik & Nana, Siti Nordiana

Abdillah Murad Md. Shari atau lebih terkenal sebagai Achik Spin (1 Julai 1983 – 17 April 2010) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Sepanjang kerjaya muzik beliau, Achik telah menerbitkan 4 album studio bersama kumpulan Spin selaku vokalis utama yang diketuai oleh beliau, bahkan telah mencipta 2 album kompilasi duet dan telah mengeluarkan 40 single.

Di awal kemunculannya, Achik membawakan lagu berentak pop, R&B, dan seterusnya beralih kepada balada serta pop rock. Penglibatan Achik dalam bidang hiburan telah memberi inspirasi kepada bakat penyanyi yang lain malah menjadikan salah satu pengaruh beliau dalam industri muzik selain penyanyi berbakat seperti Syura, Elyana, Siti Nordiana, Siti Nurhaliza, Tomok dan Naqiu sebagai teraju utama dalam dunia nyanyian.