FMC Music
| FMC Music | |
|---|---|
| Syarikat induk | Hui Hvang Enterprise Sdn Bhd |
| Diasaskan | 1991 |
| Label edaran | FMC Music Publishing Sdn Bhd |
| Genre | Pelbagai |
| Negara asal | Malaysia |
| Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tapak web rasmi | fmcmusic |
Fantasia Music City atau FMC merupakan sebuah syarikat rakaman Malaysia. Syarikat ini merupakan salah sebuah anak syarikat kepada Hui Hvang Enterprise Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada 1991 sebagai syarikat penerbit yang beroperasi sebagai entiti berasingan bagi pasaran khusus di Malaysia.
FMC merupakan ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) iaitu sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili pengedaran dan penerbitan rakaman muzik di Malaysia.