Naqiu Boboy
Naqiu | |
|---|---|
| Kelahiran | Wan Naqiuddin bin Mohd Najib 22 November 1986 |
| Pekerjaan | Penyanyi, pencipta lagu, pelakon |
| Tahun aktif | 2000-2005 (Kumpulan) 2019-kini (Solo) |
| Anugerah | Juara Gegar Vaganza Musim ke-6 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Rock, Pop |
| Alat muzik | Vokal, Gitar, Bass |
| Syarikat rakaman | New Southern Records (2000 - 2005) MVM Production MindOrder Management |
| Kegiatan berkaitan | Boboy, B.B.Y, Six Years, New Southern Records, MindOrder, Astro, Vanessa Reynauld |
Wan Naqiuddin Mohd Najib (lahir 22 November 1986) atau lebih dikenali sebagai Naqiu Boboy merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau ialah vokalis kumpulan Boboy iaitu band remaja yang terkenal di awal tahun 2000an. Beliau popular dengan lagu Episod Cinta, Demi Masa dan Dalam Benci Ada Rindu. Beliau dilahirkan di Skudai, Johor Bahru, Johor. Kini beliau menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.
Beliau pernah menyepi selama 12 tahun daripada industri muzik berikutan komitmennya kepada keluarga dan menumpukan kerjayanya sebagai penyanyi kelab sebagai punca rezeki pendapatannya ketika itu Beliau menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 pada tahun 2019. Beliau telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-6 bersama dengan Hady Mirza. Kejayaan mereka itu telah mencipta sejarah dalam program tersebut apabila dua juara sekaligus dinobatkan dalam satu musim berikutan mereka berkongsi peratusan (%) markah yang sama.