Elyana
Elyana | |
|---|---|
| Kelahiran | Erneelya Elyana binti Emrizal 5 Julai 1987 |
| Warganegara | Malaysia |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
| Tahun aktif | 2001–kini |
| Pasangan | Khairul Anuar Husin (k. 2010) |
| Anak-anak | 2 (termasuk 1 anak tiri) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Diskografi | Karya terkenal |
| Syarikat rakaman | Fantasia Music City (2001–2011) Aquarius Musikindo (Indonesia) |
| Kegiatan berkaitan | Antz |
Erneelya Elyana Emrizal (lahir 5 Julai 1987) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun. Sepanjang kerjaya muzik beliau, Elyana telah menerbitkan 4 album studio, 2 album kompilasi dan telah merakamkan lebih 40 buah lagu. Di awal kemunculannya, Elyana membawakan lagu-lagu berentak pop, balada dan R&B dan seterusnya beralih kepada pop rock.