Abu Zahar Ujang
Abu Zahar Ujang | |
|---|---|
| Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah | |
| Menyandang jawatan 21 Mei 2020 | |
| Didahului oleh | Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim |
| Dalam jawatan 26 April 2010 – 25 April 2016 | |
| Didahului oleh | Wong Foon Meng |
| Digantikan oleh | Vigneswaran Sanasee |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Pilah, Negeri Sembilan | |
| Dalam jawatan 1995–1999 | |
| Didahului oleh | Napsiah Omar (UMNO―BN) |
| Digantikan oleh | Napsiah Omar (UMNO―BN) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Pilah | |
| Dalam jawatan 1986–1995 | |
| Didahului oleh | Ramli Ujang |
| Digantikan oleh | Napsiah Omar |
| Menyandang jawatan 21 Mei 2020 | |
| Ketua Pesuruhjaya | Azam Baki |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1 Februari 1944 Kuala Pilah, Negeri Sembilan |
| Parti politik | UMNO―Barisan Nasional |
| Pasangan | Puan Sri Datin Seri Utama Sharifah Rugayah Syed Jaffar |
| Anak | 3 |
| Tempat belajar | Lincoln's Inn, London |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
Tan Sri Dato' Seri Utama Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang (lahir 1 Februari 1944) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Ketua Pesuruhjaya Azam Baki sejak Mei 2020. Beliau juga merupakan bekas Yang Dipertua Dewan Negara ke-16 dan bekas Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak). Abu Zahar dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.