Darjah Seri Utama Negeri Sembilan
| Darjah Setia Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati | |
|---|---|
| Dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | |
| Jenis | Darjah kebesaran |
| Negara | Malaysia |
| Status | Masih dikurniakan |
| Yang di-Pertuan Besar | Tuanku Muhriz |
| Gred | Darjah Seri Utama Negeri Sembilan |
| Singkatan darjah | S.U.N.S. |
| Gred terdahulu | Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan |
| Perangkaan | |
| Pelantikan pertama | 14 Januari 2009 |
| Pelantikan terakhir | 2024 |
| Susunan keutamaan | |
| Lebih tinggi | Darjah Kerabat Yam Tuan Raden |
| Lebih rendah | Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz |
Reben darjah kebesaran | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (singkatan : S.U.N.S.) adalah merupakan darjah pangkat pertama dalam kurniaan Darjah Setia Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati. Bagi penerima darjah kebesaran ini akan digelar sebagai Dato' Seri Utama, manakala bagi isteri penerima akan digelar Datin Seri Utama. Tiada gelaran bagi suami penerima gelaran ini. Darjah kebesaran ini adalah menggantikan Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (SPNS) yang telah ditamatkan penganugerahannya pada tahun 2008 lalu.