Wong Foon Meng

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Ir.
Wong Foon Meng
PSM (Malaysia); DPMT (Terengganu); JMN (Malaysia); PEng
Dalam jawatan
7 Julai 2009 – 12 April 2010
Didahului olehAbdul Hamid Pawanteh
Digantikan olehAbu Zahar Ujang
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehHarun Jusoh
Digantikan olehMd. Azmi Lop Yusof
Dalam jawatan
11 November 2008 – 7 April 2010
Didahului olehOng Ka Chuan
Digantikan olehKong Cho Ha
Maklumat peribadi
Parti politikMCABN
PasanganPuan Sri To' Puan Heng Cheng Leng
Bidang pengkhususanJurutera
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"

Tan Sri Dato' Ir. Wong Foon Meng adalah Yang Dipertua Dewan Negara ke-15. Beliau dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Negara pada 7 Julai 2009 - 26 April 2010 bagi menggantikan Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh, dan kemudian diganti oleh Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Beliau pernah menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara (2004-2009) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kerusi Bandar Kuala Terengganu (1995-1999). Dalam parti MCA, beliau pernah menjadi Setiausaha Agung MCA (2008-2010).

Wong pada masa ini adalah Pengerusi Bina Puri Holdings Berhad, sebuah syarikat tersenarai awam di Bursa Saham Kuala Lumpur yang terlibat di dalam bidang pembinaan, pembangunan hartanah, aktiviti kuari dan konsesi lebuh raya.