Makkah

Makkah
مكة
  • Ibu Kota Suci (العاصمة المقدسة)
  • Ibu kepada semua Penempatan (أم القرى)
Bandar
Makkah al-Mukarramah (مكة المكرمة)
Masjid al-Haram (Masjid Agung Makkah) dan Kaabah
Khemah Mina
Kegabenoran Mekah (hijau) dalam
wilayah Mekah
Makkah
Koordinat: 21°25′21″N 39°49′24″E / 21.42250°N 39.82333°E / 21.42250; 39.82333
Negara Arab Saudi
WilayahWilayah Makkah
KegabenoranKegabenoran Ibu Kota Suci
Ditubuhkans. abad ke-18 SM
Diasaskan olehIbrāhīm dan Ismāʿīl (membina Kaabah)
Pentadbiran
 • Datuk BandarSaleh Al-Turki
 • Gabenor WilayahKhalid bin Faisal Al Saud
Keluasan
 • Bandar1,200 km2 (500 batu persegi)
 • Tanah760 km2 (290 batu persegi)
Aras
277 m (909 ft)
Penduduk
 (bancian 2022)
 • Bandar2,385,509
 • Pemeringkatanke-3 di Arab Saudi
 • Kepadatan2,000/km2 (5,100/batu persegi)
 • Metro
2,427,924 (Kegabenoran Makkah)
DemonimMakki (مكي)
Zon waktuUTC+3 (AST)
Kod kawasan+966-12
Laman sesawanghmm.gov.sa

Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73 km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Nabi Ismail dan Nabi Muhammad dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah.

Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira tempat mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Masjidil Haram yang mana terdapatnya Kaabah. Orang bukan Islam dilarang daripada memasuki Makkah. Sekatan jalan raya diadakan pada setiap pintu masuk di Kota Makkah. Hal ini bagi memelihara kesucian Kota Makkah.