Surah Ibrahim


Surah Ibrahim (سورة إبراهيم) adalah surah ke-14 dalam al-Quran. Surah ini terdiri atas 52 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyyah kerana diturunkan di Makkah sebelum Hijrah. Dinamakan Ibrahim kerana surah ini mengandungi doa Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayat 35 sampai dengan 41. Isi doa ini ialah : permohonan agar keturunannya mendirikan solat, dijauhkan dari menyembah berhala-berhala dan agar Makkah dan daerah sekitarnya menjadi daerah yang aman dan makmur. Doa Nabi Ibrahim AS ini telah diperkenankan oleh Allah SWT sebagaimana telah terbukti keamanannya sejak dahulu sampai sekarang. Doa tersebut dipanjatkan beliau ke hadirat Allah SWT sesudah selesai membina Kaabah bersama puteranya Ismail, di dataran tanah Makkah yang tandus.