Nabi Ibrahim
Ibrahim Abraham אַבְרָהָם (Avraham, ʼAḇrāhām) إبراهيم Ἀβραάμ | |
|---|---|
| Kelahiran | Awal alaf ke-2 Sebelum Masihi, dalam kebanyakan tradisi teologikal; di Ur Kaśdim atau Haran, Mesopotamia (kini Iraq). |
| Meninggal dunia | wafat pada umur 175 tahun |
| Dikebumikan | Machpelah, Kan'an |
| Terkenal kerana | merupakan Bapa bagi ajaran Agama Yahudi, Islam dan Kristian. Juga terkenal sebagai pembina Kaabah bersama anak baginda Nabi Ismail |
| Pasangan | Siti Sarah Siti Hajar Keturah |
| Anak-anak | Ismail Ishak Zimran Jokshan Medan Midian Ishbak Shuah |
| Ibu bapa | Terah |
- Untuk kisah mengenai Nabi Ibrahim dari perspektif agama Kristian dan Yahudi, sila lihat Abraham
Ibrahim (Arab dan Jawi: إبراهيم) merupakan nabi dan rasul yang sangat penting dalam agama Islam, dan juga agama lain seperti Nasrani dan Yahudi. Baginda telah diberi gelaran Khalil Ullah iaitu "Sahabat Allah". Selain itu beliau bersama anaknya Nabi Ismail terkenal sebagai pengasas Kaabah. Baginda juga merupakan salah seorang daripada lima orang nabi Ulul Azmi.