Baitulmuqaddis

Baitulmaqdis
Jerusalem
Ibu Kota
Dari atas kiri : Pandangan Jerusalem dari utara Biara St. Elijah, pasar di Kota Lama Baitulmaqdis, Mamilla Mall, Knesset, Kubah Al-Sakhrah, kubu kota (dikenali sebagai Menara Daud) dan dinding Kota Lama, dan Tembok Meratap.
Nama panggilan: Ir ha-Kodesh (The Holy City),
Bayt al-Maqdis (House of the Holiness)
Koordinat: 31°47′N 35°13′E / 31.783°N 35.217°E / 31.783; 35.217
Ditadbir oleh Israel
Dituntut olehIsrael dan Palestin
Daerah JerusalemJerusalem
Kegabenoran PalestinBaitulmaqdis
Penempatan Mata Air Gihon4500 SM
Kota Daud1010 SM
Dinding Baitulmaqdis dibina1541
Pemisahan Timur-Barat Baitulmaqdis1948
Penyatuan Baitulmaqdis1967
Hukum Jerusalem1980
Pentadbiran
 • JenisDatuk Bandar
 • BadanDewan Pembandaran Jerusalem
 • Datuk Bandar IsraelNir Barkat (Likud)
 • Datuk Bandar PalestinZaki al-Ghul
Penduduk
 • Metro
1,253,900
DemonimOrang Jerusalem (Yerushalmi)
Qudsi/Maqdisi
Demografi (2016)
 • Yahudi64%
 • Arab35%
 • lain-lain1%
Zon waktuUTC+02:00 (IST, PST)
 • Musim panas (DST)UTC+03:00 (IDT, PDT)
Poskod
9XXXXXX
Kod kawasan+972-2
Laman sesawangjerusalem.muni.il (Israeli)

Baitulmaqdis (Arab: بيت المقدس, rumi: Bayt al-Maqdis atau Bayt al-Muqaddas, atau dieja dengan Baitulmuqaddis dan Baitulmakdis) atau Jerusalem (bahasa Ibrani: יְרוּשָׁלַיִם Yerushaláyim) ataupun Al-Quds (bahasa Arab: القُدس‎) ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah dan juga merupakan ibu negara dan bandar raya terbesar bagi Israel dan negara Palestin yang kini ditadbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Baitulmaqdis memainkan peranan penting bagi tiga agama utama iaitu Islam, Kristian, dan Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi Agama Kristian dan serta Agama Yahudi dan juga merupakan tempat ketiga paling suci dalam Agama Islam.

Baitulmaqdis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. Kota Lama Baitulmaqdis (juga dikenali sebagai Baitulmaqdis Timur') dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan: Islam, Kristian, Yahudi, dan Armenia.

Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmaqdis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmaqdis Timur (Kota Lama) menjadi milik Palestin (dahulunya milik Jordan sebelum negara Palestin mencapai kemerdekaan). Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Israel menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmaqdis . Israel juga menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara tetapi pengisytiharan ini tidak diiktiraf oleh masyarakat Islam. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmaqdis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmaqdis Timur menjadi ibu negaranya. Penguasaan Israel ke atas Baitulmaqdis Timur dianggap sebagai penaklukan atau pengilhakan haram ke atas sebahagian Tebing Barat dituntut Palestin.