Orang India Singapura
| |||||
| Kawasan ramai penduduk | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Singapura | |||||
| Bahasa | |||||
| Utamanya Tamil dan Inggeris | |||||
| Agama | |||||
| Kumpulan etnik berkaitan | |||||
| |||||
Orang India Singapura atau Indo-Singapura adalah warganegara Singapura yang berketurunan India atau Asia Selatan. Mereka kini membentuk kumpulan ketiga terbesar di Malaysia, selepas orang Melayu dan Cina, yang merangkumi 9% daripada seluruh penduduk di negara tersebut. Walaupun hubungan dengan India purba meninggalkan kesan yang mendalam terhadap budaya Melayu asli di Singapura, penempatan besar-besaran masyarakat India di pulau ini bermula dengan penubuhan Singapura moden oleh Empayar British pada tahun 1819. Pada mulanya, populasi India bersifat sementara, terdiri terutamanya daripada lelaki muda yang datang sebagai pekerja dan askar. Menjelang pertengahan abad ke-20, sebuah komuniti yang lebih menetap telah muncul, dengan nisbah jantina yang lebih seimbang dan taburan umur yang lebih meluas.
Masyarakat India Singapura mempunyai kepelbagaian dari segi bahasa dan agama, dengan etnik Tamil membentuk kumpulan terbesar. Namun, terdapat sejumlah besar rakyat Singapura berketurunan Asia Selatan yang tidak mengenal pasti diri mereka sebagai India, terutamanya masyarakat Sikh.Kumpulan-kumpulan etnik lain yang lebih kecil juga boleh dijumpai termasuk orang Malayali, Telugu, Punjabi, dan Gujrati. Orang India Singapura adalah komuniti kelima belas terbesar di dunia bagi Diaspora India dan lapan terbesar bagi Diaspora Tamil
Individu terkemuka berketurunan Asia Selatan telah lama meninggalkan jejak dalam pelbagai bidang kepimpinan di Singapura. Masyarakat India Singapura juga diwakili dengan baik dalam bidang seperti politik, pendidikan, diplomasi, perundangan, dan sukan, serta lain-lain.