Shah Nizam Abdul Halim

Shah Slam
Nama lahirShah Nizam bin Abdul Halim
Kelahiran (1974-01-25) 25 Januari 1974
Ipoh, Perak
WarganegaraMalaysia
GenrePop Rock, Balada
PekerjaanPemuzik
Alat muzikGitar
Tahun aktif1991 - kini
Kegiatan berkaitanSlam, Exists, Search, Sepahtu
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Shah Nizam bin Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Shah Slam merupakan seorang gitaris dan pengarah muzik ternama di Malaysia. Dilahirkan di Ipoh, Perak pada (1974-01-25) 25 Januari 1974, Shah yang dibesarkan di Johor Bahru lebih dikenali sebagai pengasas, gitaris utama dan juga ketua kumpulan Slam yang aktif pada tahun 90-an. Sebelum menubuhkan Slam, beliau pernah menganggotai sebuah kumpulan rock dari Johor Bahru, Johor iaitu Exist (kini Exists) yang mula mencipta nama dengan lagu Untukmu Ibu ciptaan Allahyarhan Rahim Othman pada tahun 1991.

Shah juga merupakan suami kepada bekas anggota kumpulan Freshies, Mazlena Morat atau lebih dikenali sebagai Ina. Shah juga merupakan abang ipar kepada bekas pelakon Ani Morat dan biras kepada bekas pemain bola sepak negara iaitu Shahril Arsat.