Sungai Ujong
Sungai Ujong | |
|---|---|
Lokasi Luak Sungai Ujong di Negeri Sembilan | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Negeri Sembilan |
| Institusi adat | Undang Luak Sungai Ujong |
| Pentadbiran | |
| • Undang Luak Sungai Ujong | Mubarak Dohak |
| • Dato' Shahbandar Sungai Ujong | Badarudin Abdul Khalid |
| • Dato' Muda Linggi | Amran Mohd. Salleh |
Sungai Ujong atau Sungei Ujong (Jawi: سوڠي اوجوڠ) ialah daerah adat (luak) yang meliputi dua daerah di Negeri Sembilan, iaitu daerah-daerah Seremban dan Port Dickson. Luak ini turut menaungi Luak Linggi yang terletak berhampiran dengan sempadan negeri Melaka.
Luak ini diperintah oleh seorang Undang yang dilantik dari suku waris Dato' Kelana iaitu Waris di Darat. Seorang lagi pembesar luak ialah Dato' Shahbandar iaitu pemimpin bagi penduduk Waris di Air.
Sungai Ujong ialah nama lama bagi Seremban. Sebelum itu ia pernah dikenali sebagai "Sening Ujong". Dalam kalangan penduduk Cina tempatan, mereka memanggil Seremban sebagai 芙蓉 (Hanyu Pinyin: Fúróng; Perumian Kantonis Yale: Fùhyùhng; Jyutping: Fu4 jung4, har. "bunga raya") berdasarkan fonetik sepadan dalam bahasa Kantonis bagi "Ujong".