Pilihan raya umum Malaysia 1974
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 154 kerusi dalam Dewan Rakyat 78 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Terdaftar | 4,017,266 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pengundi hadir | 75.00% | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keputusan mengikut kawasan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
| Negara Anggota ASEAN |
| Portal Malaysia |
Pilihan raya umum Malaysia 1974 merupakan pilihan raya umum Malaysia yang keempat dan diadakan antara 24 Ogos hingga 14 September 1974. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia, juga satu-satunya pilihan raya umum semasa pentadbirannya. Pengundian telah diadakan di 154 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia, setiap satu memilih seorang ahli Parlimen ke Dewan Rakyat. Sebanyak 10 tambahan kerusi dipertandingkan di Semenanjung Malaysia berbanding pilihan raya sebelumnya.
Sejak tahun 1971, keahlian Parti Perikatan yang terdiri daripada tiga parti komponen telah diperluas oleh Tun Abdul Razak untuk merangkumi 10 parti politik, termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan dinamakan Barisan Nasional. Bagaimanapun, menjelang pilihan raya, terdapat banyak pertikaian terhadap peruntukan kerusi yang mewujudkan ketegangan hubungan antara parti-parti komponennya sehingga ramai rang berpendapat bahawa parti campuran Barisan Nasional tidak akan kekal lama.
Barisan Nasional telah memperoleh lebih 60% daripada jumlah undi dan berjaya memenangi 135 daripada 154 kerusi yang dipertandingkan. Seramai 47 orang calon Barisan Nasional menang tanpa bertanding. Parti pembangkang pula memenangi hanya 19 kerusi, iaitu sembilan kerusi dimenangi Parti Tindakan Demokratik (DAP), sembilan kerusi dimenangi Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan satu kerusi dimenangi Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (PEKEMAS) yang baru ditubuhkan.
Pesaing utama dalam pilihan raya ini ialah sebuah parti campuran pembangkang yang diketuai oleh Lim Kit Siang, pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP). Amat berbeza dengan Barisan Nasional, parti campuran pembangkang ini tidak mempunyai mana-mana satu parti atau tokoh yang paling berpengaruh dan oleh itu, dengan pantasnya menunduk kepada pertikaian-pertikaian ideologi serta peribadi.
Pilihan raya negeri turut diadakan di 360 kawasan negeri di serata Malaysia kecuali negeri Sabah pada hari yang sama. Barisan Nasional berjaya meraih semula majoriti dan membentuk kerajaan di kesemua negeri.