Mohd Shukri Ramli
Yang Amat Berhormat Tuan Haji Mohd Shukri bin Ramli | |
|---|---|
| محمد شكري رملي | |
| Menteri Besar Perlis ke-10 | |
| Menyandang jawatan 22 November 2022 | |
| Raja | Tuanku Syed Sirajuddin |
| Didahului oleh | Azlan Man |
| Kawasan pilihan raya | Sanglang |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Sanglang | |
| Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Hashim Jasin (PR–PAS) |
| Majoriti | 121 (2013) 42 (2018) 3,335 (2022) |
| Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Perlis | |
| Menyandang jawatan 5 Januari 2021 | |
| Pengerusi Kebangsaan | Muhyiddin Yassin |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia Negeri Perlis | |
| Menyandang jawatan 2013 | |
| Presiden | Abdul Hadi Awang |
| Didahului oleh | Hashim Jasin |
| Peranan lain | |
| 2013–2019 | Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis |
| Puak yang diwakili di Dewan Undangan Negeri Perlis | |
| 2008–2020 | Parti Islam Se-Malaysia |
| 2020– | Perikatan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Shukri bin Ramli 6 Februari 1961 Kangar, Perlis, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Gagasan Sejahtera (GS) (2016–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
| Pertalian | Abdul Hadi Awang (semenda) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Guru |
Tuan Haji Mohd Shukri bin Ramli (lahir pada 6 Februari 1961) merupakan ahli politik Malaysia dan guru yang telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Perlis ke-10 sejak November 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Sanglang sejak Mei 2013. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan dari 2013 hingga 2019. Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan Perikatan Nasional (PN). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi PN Negeri Perlis sejak Januari 2021 dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis sejak 2013.
Pada 11 Oktober 2023, beliau bertemu dengan bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad.
Pada 30 April 2024, Mohd Shukri telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.