Kuala Perlis, Perlis

Mukim Kuala Perlis
Mukim di Perlis
  Mukim Kuala Perlis
Negara Malaysia
Negeri Perlis
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Kangar
Keluasan
 • Jumlah26.71 km2 (10.31 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
20,277 orang
 • Kepadatan759/km2 (1,970/batu persegi)

Kuala Perlis merupakan sebuah mukim yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia juga terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Langkawi melalui jalan laut. Di Kuala Perlis juga, perancangan dibuat bagi mewujudkan pusat membeli-belah bebas cukai barangan dari tiga negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura di Bukit Putih yang bakal menjadi pintu masuk utama ke Malaysia.

Kuala Perlis terkenal dengan makanan laut iaitu Laksa Kuala Perlis dan makanan laut yang segar dan sedap. Bukit Kubu di sini juga sangat terkenal dengan gua serta kawasan sekitarnya merupakan tapak peperangan lama antara kerajaan Kedah Tua dan Siam yang menyaksikan banyak nyawa terkorban.