Orang Melayu Sri Lanka
Seorang lelaki Melayu Sri Lanka dan anaknya | |
| Jumlah penduduk | |
|---|---|
| 50,000 | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Sri Lanka 50,000 | |
| Bahasa | |
| Melayu Creole Sri Lanka, Sinhala, yang lain-lain | |
| Agama | |
| Islam | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
| Melayu, Jawa, Orang Moor Sri Lanka |
Orang Melayu Sri Lanka atau Melayu Langkapuri (Jawi: ملايو لڠكاڤوري, Sinhala: ශ්රී ලාංකා මැලේ Ja Minissu "orang Jawa" Tamil: இலங்கை மலாய், rumi: Ilaṅkai Malai) adalah gelaran diberikan kepada warga Sri Lanka yang berasal dari Nusantara dalam rantau Asia Tenggara; kependudukan mereka hari ini terdiri dari lebih kurang 50,000 orang membuat mereka salah satu dari kumpulan minoriti terkecil di Sri Lanka.
Masyarakat ini mula wujud hasil penghijrahan secara dua peringkat:
- peringkat pertama: pembawaan golongan askar yang berkhidmat di bawah Empayar Belanda serta tahanan dan keluarga bangsawan Hindia Timur (kini Indonesia) yang dibuang negeri,
- peringkat kedua (1796–1948): dari Semenanjung Melayu apabila entiti Tanah Melayu dan "Sailan" berada dalam pentadbiran Empayar British yang sama.
Namun, ada juga sejarah yang mencatatkan kedatangan orang Melayu dari seawal abad ke-13 yang berkahwin campur dengan segolongan dari masyarakat Sinhala.