Nabi Lut
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Islam |
|---|
|
Lūṭ لوط Lot | |
|---|---|
Nama Nabi Lut dalam tulisan khat | |
| Meninggal dunia | Bani Na'im (Palestin) |
| Anak-anak | Anak Perempuan Nabi Lut |
| Ibu bapa | Haran |
| Saudara | Ibrahim AS |
Nabi Lut a.s. (Arab: لوط, rumi: Lūṭ) ialah nabi dalam Al-Quran, Alkitab, dan Tanakh. Dalam Islam, baginda ialah rasul yang diutus kepada kaum Sodom dan Gomorrah. Kisahnya kerap dijadikan landasan pelarangan perbuatan homoseksual dalam agama samawi. Menurut tradisi Islam, Lut ialah anak kepada Haran dan menghabiskan tahun-tahun mudanya di Ur, kemudian berhijrah ke Kanaan bersama bapa saudaranya, Ibrahim.