Kongres Kebangsaan India
Indian National Congress Kongres Kebangsaan India भारतीय राष्ट्रीय कांग्रेस भारतीय राष्ट्रीय कांग्रेस | |
|---|---|
| Singkatan | INC |
| Presiden | Mallikarjun Kharge |
| Pengerusi | Sonia Gandhi (2019–2022) Mallikarjun Kharge (en) (2022–) |
| Setiausaha agung |
|
| Pengasas | A.O. Hume W.C. Bonnerjee S.N. Banerjee Monomohun Ghose William Wedderburn Dadabhai Naoroji Badruddin Tyabji Pherozeshah Mehta Dinshaw Wacha Mahadev Ranade |
| Diasaskan | 28 Disember 1885< |
| Anggota bagi | Senarai |
| Ibu pejabat | Indira Bhawan, 9 A, Kotla Marg, New Delhi-110001 |
| Sayap belia/pemuda | Indian Youth Congress (en) |
| Ideologi |
|
| Hubungan antarabangsa | Perikatan Progresif Sosialis Antarabangsa |
| Warna | Saffron, Putih dan Hijau (official; Warna Kebangsaan India) Biru Langit (Adat/Kebiasaan) |
| Tapak sesawang | www |
| Pautan lain | |
| Simbol pilihan raya | |
| Bendera parti | |
| |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kongres Kebangsaan India (Singkatan INC, dan dikenali sebagai Kongres) ialah sebuah parti politik di India yang mempunyai akar kuat di kebanyakan wilayah di negara itu. Ditubuhkan pada 28 Disember 1885, ia merupakan gerakan nasionalis moden pertama yang muncul dalam Empayar British di Asia dan Afrika.Sejak akhir abad ke-19, dan terutama selepas tahun 1920 di bawah kepimpinan Mahatma Gandhi, Kongres menjadi peneraju utama dalam gerakan kemerdekaan India. Kongres memimpin India menuju kemerdekaan daripada United Kingdom, dan memberi pengaruh besar kepada gerakan nasionalis anti-kolonial lain dalam Empayar British.
Kongres Kebangsaan India (INC) ialah sebuah parti "Khemah besar" yang digambarkan berada di spektrum Sentrisme politik India.Parti ini mengadakan sesi pertamanya pada tahun 1885 di Bombay, dengan W.C. Bonnerjee sebagai pengerusi. Selepas kemerdekaan India pada tahun 1947, Kongres muncul sebagai sebuah parti sekular dan merangkumi pelbagai ideologi, mendominasi politik India selama 50 tahun berikutnya.Perdana Menteri pertama parti ini, Pandit Jawaharlal Nehru, memimpin Kongres dalam menyokong dasar-dasar sosialis dengan menubuhkan Suruhanjaya Perancangan, memperkenalkan Rancangan Lima Tahun, melaksanakan ekonomi campuran, dan menegakkan sebuah negara sekular.
Selepas kematian Nehru dan tempoh singkat Lal Bahadur Shastri dan kemudian Indira Gandhi menjadi pemimpin parti. Dalam 17 pilihan raya umum sejak kemerdekaan, Kongres telah memenangi majoriti mutlak sebanyak tujuh kali dan mengetuai gabungan pemerintah sebanyak tiga kali lagi, menguasai kerajaan pusat selama lebih daripada 54 tahun. Sehingga kini, terdapat enam Perdana Menteri dari Parti Kongres, dengan yang pertama ialah Jawaharlal Nehru (1947–1964) dan yang terbaru ialah Manmohan Singh (2004–2014). Sejak tahun 1990-an, Parti Bharatiya Janata (BJP) telah muncul sebagai pencabar utama Kongres dalam politik nasional dan serantau.
Dalam isu sosial, Kongres Kebangsaan India (INC) menyokong dasar sekular yang menggalakkan kesamarataan peluang, hak kepada kesihatan, hak kepada pendidikan, kebebasan sivil, serta menyokong ekonomi pasaran sosial dan negara kebajikan yang kuat.Sebagai sebuah parti berhaluan tengah, dasar-dasarnya kebanyakannya mencerminkan kedudukan yang seimbang, termasuk sekularisme, egalitarianisme, dan menangani stratifikasi sosial. INC juga menyokong pembaharuan ekonomi moden seperti liberalisasi, penswastaan, dan globalisasi.