Khemah besar

Khemah besar merupakan salah satu konsep politik merujuk sifat sesebuah parti politik memiliki banyak pengikut dengan beragam-ragam latar belakang baik secara peribadi mahupun ideologi; hal ini berbeza dengan keberadaan kelompok parti politik biasa yang tegas mempertahankan sesuatu nilai yang dianggap sesuai anggaran dasar dan hubungan.

Idea politik ini mula diungkapkan hasil penterjemahan kata istilah asal konsep tersebut dalam bahasa Inggeris, "big tent", yang menerangkan sifat parti-parti politik ini yang memayungi banyak ideologi di bawah suatu penjenamaan seragam seakan suatu "khemah" atau "tenda" yang besar; konsep politik ini mula wujud dalam rantau Nusantara diperkenalkan pertama kalinya dalam negara Indonesia yang mengistilahkan ia sebagai "tenda besar".