Manmohan Singh
Manmohan Singh | |
|---|---|
| Dalam jawatan 22 Mei 2004 – 26 Mei 2014 | |
| Presiden | Abdul Kalam Pratibha Patil Pranab Mukherjee |
| Didahului oleh | Atal Bihari Vajpayee |
| Digantikan oleh | Narendra Modi |
| Menteri Hal Ehwal Luar Negeri India | |
| Dalam jawatan 6 November 2005 – 24 Oktober 2006 | |
| Didahului oleh | K. Natwar Singh |
| Digantikan oleh | Pranab Mukherjee |
| Menteri Kewangan India | |
| Dalam jawatan 30 November 2008 – 24 Januari 2009 | |
| Didahului oleh | P. Chidambaram |
| Digantikan oleh | Pranab Mukherjee |
| Dalam jawatan 21 Jun 1991 – 16 Mei 1996 | |
| Perdana Menteri | P. V. Narasimha Rao |
| Didahului oleh | Madhu Dandavate |
| Digantikan oleh | Jaswant Singh |
| Gabenor Bank Rizab India | |
| Dalam jawatan 1982–1985 | |
| Didahului oleh | I.G. Patel |
| Digantikan oleh | Amitav Ghosh |
| Wakil Assam di Rajya Sabha | |
| Menyandang jawatan 1995 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 26 September 1932 Gah, India British |
| Meninggal dunia | 26 Disember 2024 (umur 92) New Delhi, Delhi, India |
| Parti politik | Kongres Kebangsaan India |
| Pasangan | Gursharan Kaur |
| Anak | Upinder Singh, Daman Singh, Amrit Singh |
| Kediaman | 7 Racecourse Road, New Delhi |
| Tempat belajar | Universiti Panjab, Chandigarh, Kolej St John, Cambridge, Universiti Cambridge, Kolej Nuffield, Universiti Oxford |
| Bidang pengkhususan | Ahli ekonomi |
Dr. Manmohan Singh (Bahasa Panjabi: ਮਨਮੋਹਨ ਸਿੰਘ, Devanagari: मनमोहन सिंह, 26 September 1932 - 26 Disember 2024) Perdana Menteri Republik India yang ke-17. Beliau juga pernah berkhidmat selaku Menteri Kewangan Kesatuan India. Beliau juga merupakan Gabenor Bank Rizab India dari tahun 1982 hingga 1985, lalu memegang jawatan Menteri Kewangan India mulai tahun 1991 hingga 1996 dalam kerajaan pimpinan Narsimha Rao. Manmohan Singh ialah seorang ahli parti Kongres Kebangsaan India yang mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri India pada 22 Mei 2004, menjadikan beliau penganut agama Sikh pertama yang menyandang jawatan tersebut, dan juga Perdana Menteri pertama yang mentadbir dari dewan negara iaitu Rajya Sabha. Di pilihan raya umum 2009, beliau melakar sejarah selaku Perdana Menteri pertama yang kembali berkuasa untuk penggal kedua setelah melengkapkan penggal lima tahun, semenjak Jawaharlal Nehru.
Sebagai seorang pakar ekonomi, Manmohan Singh pernah berkhidmat di pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ketika menjadi Menteri Kewangan, beliau dikenali kerana melaksanakan pembaharuan ekonomi di India pada tahun 1991 yang menandakan berakhirnya sistem "Licence Raj" yang digeruni ramai.