Gelugor
Gelugor | |
|---|---|
Kawasan pinggir bandar George Town | |
| Transkripsi lain | |
| • Cina | 牛汝莪 Niú rǔ é (Pinyin) |
| • Tamil | குளுகோர் Kuḷukōr (Transliterasi) |
Gelugor | |
| Koordinat: 5°22′7.91″N 100°18′22.29″E / 5.3688639°N 100.3061917°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Pulau Pinang |
| Bandar | George Town |
| Daerah | Timur Laut |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 2.9 km2 (1.1 batu persegi) |
| Penduduk (2020) | |
| • Jumlah | 18,662 |
| • Kepadatan | 6,400/km2 (17,000/batu persegi) |
| Demografi | |
| • Kumpulan etnik |
|
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| • Musim panas (DST) | Tidak diamalkan |
| Poskod | 11700 |
Gelugor ialah sebuah kawasan pinggir bandar George Town di negeri Pulau Pinang. Dinamakan sempena spesies tumbuhan, Gelugor terletak di pesisiran timur Pulau Pinang, antara Jelutong dan Sungai Dua, kira-kira 5 km (3.1 bt) ke selatan pusat bandar.
Penempatan di Gelugor bermula seawal akhir abad ke-18 oleh nelayan Melayu dari Sumatera. Kawasan ini kemudiannya dibuka untuk ladang pertanian oleh David Brown, rakan kongsi Kapten Francis Light.
Perbandaran Gelugor bermula pada tahun 1960-an, apabila kawasan perumahan mula dibangunkan. Kedudukannya yang strategik antara pusat bandar dan Bayan Lepas membantu pertumbuhan sebagai kawasan pinggir bandar. Pada tahun 1969, Universiti Sains Malaysia ditubuhkan di Gelugor dan kini merupakan antara universiti awam terkemuka di Malaysia.