Chetti

Peranakan India
Chetti
Jawi: چيتتي
Tamil: செட்டியார் மலாக்கா
Pakaian keluarga Peranakan India (Chetti) memaparkan penyatuan antara budaya Melayu dan India.
Kawasan ramai penduduk
Malaysia dan Singapura
Bahasa
Bahasa Melayu, (Bahasa Melayu Kreol Cheti), Bahasa Baba, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil
Agama
Hindu
Kumpulan etnik berkaitan
Peranakan, Baba Nyonya, India Malaysia,India Singapura

Chetti (Jawi: چيتتي) ialah komuniti etnik minoriti di Malaysia dan Singapura yang berakar daripada pedagang Tamil dari India Selatan. Mereka telah datang untuk menetap dan berdagang di Melaka sejak abad ke-15 pada zaman pemerintahan Kesultanan Melaka, dan membentuk identiti peranakan yang unik melalui perkahwinan campur dengan wanita tempatan Melayu dan Cina, sambil mengekalkan kepercayaan Hindu beraliran Saivite.

Komuniti ini berbeza daripada kumpulan Chettiar yang berhijrah ke Tanah Melayu sejak era kolonial British, kerana Chetti telah berasimilasi dengan budaya Melayu Nusantara dan dikenali sebagai "Peranakan India".