Changlun
6°26′N 100°26′E / 6.433°N 100.433°E Changloon (Bahasa Thai: จังโหลน Chang Lon) adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Alor Setar di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Bandar ini mempunyai kedudukan yang cukup strategik sebagai tempat persimpangan laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok di timur, Jitra dan Alor Star di selatan dan laluan ke negeri Perlis di sebelah barat.