Jitra

Jitra
Bandar
Transkripsi lain
 • Cina日得拉
Rì dé lā (Pinyin)
 • Tamilஜித்ரா
Jitrā (Transliterasi)
Negara Malaysia
Negeri Kedah
DaerahKubang Pasu
Pentadbiran
 • JenisMajlis Perbandaran Kubang Pasu
 • Yang DipertuaTuan Badrulhisham bin Haji Sulaiman
Keluasan
 • Jumlah23.81 km2 (9.19 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah33,765
Laman sesawangMajlis Perbandaran Kubang Pasu

Jitra merupakan bandar yang terletak di kawasan Parlimen Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Jitra berhampiran dengan sempadan Kedah - Thailand, kira-kira 35 km dari sempadan. Ramai daripada penduduknya boleh bertutur bahasa Siam, malahan ada yang berketurunan Siam, terutama yang tinggal berdekatan dengan sempadan. Bandar ini kini sedang pesat membangun dengan kemunculan banyak taman perumahan baru.

Bandar Jitra hampir dengan Lebuhraya Utara Selatan ke Bukit Kayu Hitam dan ke selatan iaitu Kuala Lumpur. Dalam peta, kedudukan Jitra ialah 6.3° Utara dan 100.4° Timur.