CIMB

CIMB Group Holdings Berhad
سي.اي.عيم.بي ݢروڤ هولديڠس برحد
Nama dahuluBumiputra-Commerce Holdings Berhad
Jenis/bentuk sahSyarikat berkaitan kerajaan didagangkan awam
Didagangkan sebagaiMYX: 1023
ISINMYL1023OO000
IndustriPerkhidmatan Kewangan
DitubuhkanJanuari 2006 (2006-01)
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingMohd Nasir Ahmad, Pengerusi
Novan Amirudin, Ketua Pegawai Eksekutif
KeluaranPerbankan Pengguna
Perbankan Korporat
Perbankan Pelaburan
Perbankan Islam
Pengurusan Aset
Insurans & Takaful
Hasil RM14.672 bilion
(US$4.8 bilion) (2013)
Pendapatan bersih RM4.54 bilion
(US$1.38 bilion) (2013)
Jumlah asetRM508.2 bilion
(US$125.1 bilion)
(Sept 2014)
Bilangan kakitangan38,000
Syarikat indukKhazanah Nasional
Tapak webwww.cimb.com
sunting · sunting di Wikidata

CIMB Group Holdings Berhad (MYX: 1023) (Jawi: سي.اي.عيم.بي ݢروڤ هولديڠس برحد) merupakan syarikat Perkhidmatan Kewangan yang kedua terbesar di Malaysia yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia melalui Bumiputra-Commerce Holdings Berhad (BCHB). Pada tahun 2004, CIMB memulakan proses membina sebuah bank sejagat yang kuat dan berdaya saing dengan ditunjangi Commerce International Merchant Bankers (CIMB), bank pelaburan yang terbesar di kawasannya. Bank CIMB merupakan hasil gabungan Bank Bumiputra-Commerce dan Southern Bank dengan CIMB, bank pelaburan paling banyak anugerah di Malaysia. Ini mengakibatkan penciptaan bank sejagat yang pertama di Malaysia.

CIMB Group telah berkembang dari jumlah pekerja seramai 1,000 orang di Malaysia kepada 20,000 orang di 12 negara manakala pelaburan pasarannya telah meningkat dari RM6.3 bilion kepada RM33.0 bilion. Berdasarkan harga pasaran pada 13 Mei 2008, BCHB merupakan yang ketiga terbesar di belakang Public Bank dan Maybank. Jumlah aset Kumpulan pula bertambah dari RM14.7 bilion kepada RM155 bilion dengan tambahan RM18 bilion lagi yang merupakan dana pihak ketiga dalam pengurusan.

Di Indonesia, perniagaan perbankan CIMB ditawarkan melalui PT Bank Niaga yang merupakan bank yang ketujuh besar di Indonesia berdasarkan aset. Laporan semasa menunjukkan yang Khazanah Nasional (pemilik saham besar BCHB) akan menggabungkan PT Bank Niaga dengan PT Bank Lippo di bawah skop BCHB disebabkan pengenaan peraturan yang entiti tunggal tidak boleh memiliki lebih dari satu lesen perbankan pada masa yang sama.