Amazigh
ⵉⵎⴰⵣⵉⵖⵏ ⵎⵣⵗⵏ Imaziɣen | |
|---|---|
Bendera wakil etnik Barbar dengan huruf Tifinagh ⵣ yaz di tengahnya | |
| Jumlah penduduk | |
| antara 25 hingga 36 juta atau 38 juta atau 50 juta | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Maghribi | dari ≈ 13 juta ke ≈ 20 juta atau 27,078,593 |
| Algeria | dari 9 ke ≈ 13 juta atau 32,320,000 |
| Perancis | lebih daripada 2 juta |
| Niger | 1,620,000 |
| Mali | 850,000 |
| Libya | >3,850,000 |
| Mauritania | 114,000 |
| Tunisia | 110,000 atau >6,589,652 |
| Burkina Faso | 50,000 |
| Mesir | 34,000 atau 1,826,580 |
| Kanada | 25,885 |
| Israel | 3,500 |
| Bahasa | |
| bahasa Barbar (Tamazight); ditulis dengan huruf Tifinagh | |
| Agama | |
| Majoriti Islam (Sunni, Ibadi) Minoriti tiada agama, Kristian | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
| orang Afro-Asia lain seperti Arab | |
Orang Amazigh (bahasa-bahasa Amazigh: ⵉⵎⴰⵣⵉⵖⵏ atau ⵎⵣⵗⵏ Imaziɣen, Arab: أَمَازِيغ, rumi: Amāzīgh) atau orang Barbar (Arab: بَرْبَر, rumi: Barbar, Perancis: Berbères, Inggeris: Berber) ialah suatu kelompok etnik yang menghuni rantau Afrika Utara sebelah barat Lembah Nil; mereka bertaburan dari pesisiran Atlantik Maghribi ke Algeria, Tunisia, Libya, Mauritania, utara Mali dan Nijar ke Wadi Siwa di Mesir, dari Mediterranean ke Sungai Niger. Mereka juga penduduk asal Kepulauan Kenari yang kini dalam milik Sepanyol sejak akhir abad ke-15.
Mereka bertutur dalam pelbagai bahasa serumpun yang secabang dari keluarga bahasa-bahasa Afro-Asia keseluruhannya berjumlah setinggi 38 juta orang.