Amazigh

Amazigh
Barbar, Berber
ⵉⵎⴰⵣⵉⵖⵏ ⵎⵣⵗⵏ Imaziɣen
Bendera wakil etnik Barbar dengan huruf Tifinagh ⵣ yaz di tengahnya
Jumlah penduduk
antara 25 hingga 36 juta atau 38 juta atau 50 juta
Kawasan ramai penduduk
 Maghribidari ≈ 13 juta ke ≈ 20 juta atau 27,078,593
 Algeriadari 9 ke ≈ 13 juta atau 32,320,000
 Perancislebih daripada 2 juta
 Niger1,620,000
 Mali850,000
 Libya>3,850,000
 Mauritania114,000
 Tunisia110,000 atau >6,589,652
 Burkina Faso50,000
 Mesir34,000 atau 1,826,580
 Kanada25,885
 Israel3,500
Bahasa
bahasa Barbar (Tamazight); ditulis dengan huruf Tifinagh
Agama
Majoriti Islam (Sunni, Ibadi)
Minoriti tiada agama, Kristian
Kumpulan etnik berkaitan
orang Afro-Asia lain seperti Arab

Orang Amazigh (bahasa-bahasa Amazigh: ⵉⵎⴰⵣⵉⵖⵏ atau ⵎⵣⵗⵏ Imaziɣen, Arab: أَمَازِيغ, rumi: Amāzīgh) atau orang Barbar (Arab: بَرْبَر, rumi: Barbar, Perancis: Berbères, Inggeris: Berber) ialah suatu kelompok etnik yang menghuni rantau Afrika Utara sebelah barat Lembah Nil; mereka bertaburan dari pesisiran Atlantik Maghribi ke Algeria, Tunisia, Libya, Mauritania, utara Mali dan Nijar ke Wadi Siwa di Mesir, dari Mediterranean ke Sungai Niger. Mereka juga penduduk asal Kepulauan Kenari yang kini dalam milik Sepanyol sejak akhir abad ke-15.

Mereka bertutur dalam pelbagai bahasa serumpun yang secabang dari keluarga bahasa-bahasa Afro-Asia keseluruhannya berjumlah setinggi 38 juta orang.