Arbain

Arba'een
Nama rasmiالأربعين
Diraikan oleh/di
Syi'ah
JenisSyi'ah, Alevi
Kepentingan40 hari setelah Asyura
Tarikh20 Safar



Arba'een (Arab: اربعين, bermakna "empat puluh"), atau Chehlum, sebagai mana dikenali Muslim yang bertutur bahasa Parsi dan Urdu di Asia Tengah dan Tenggara, ialah suatu perayaan Muslim Syiah yang menandakan 40 hari selepas Hari Asyura, peringatan kematian Hussein bin Ali bin Abi Talib dalam Pertempuran Karbala. Hussein dan 72 pengikutnya meninggal pada 20 Safar 61 H (680 CE), dibunuh tentera Yazid. Empat puluh ialah tempoh biasa berkabung dalam sesetengah kebudayaan Islam.

Arbain atau empat puluh hari juga merupakan masa berkabung setelah kematian ahli keluarga atau orang tersayang dalam banyak tradisi Muslim. Arbain adalah salah satu perhimpunan ziarah terbesar di Bumi, di mana sehingga 40 juta orang pergi ke kota Karbala Iraq.