Alevi

Alevi
Alevilik
Kitab SuciAl-Quran, Nahj al-Balagha, Makalat dan Buyruk
KetuaDede
Ajaran
  • Tengrisme
  • Haji Bektash Veli
  • Sarı Saltık
TeologiHaqq–Muhammad–Ali
RantauTurki
BahasaTurki, Azerbaijan, Kurdi dan Zazaki
LiturgiCem, Sama
MarkasKompleks Haji Bektash Veli, Nevşehir, Turki
PengasasHaji Bektash Veli
Asal usulabad ke-13
Sulucakarahöyük

Alevi, Alevisme atau Alawiyah merupakan sebuah tradisi Islam sinkretik, menggabungkan ajaran tasawuf yang diasaskan oleh Haji Bektash Veli dengan pengaruh kepercayaan lain seperti Tengrisme. Alevi mengikuti ajaran Dua Belas Imam dan dikelaskan sebagai cabang Islam Syiah, namun terdapat perbezaan ketara dalam kepercayaan, tradisi dan upacara Alevi apabila dibandingkan dengan taifah ortodoks lain. Alevi terkenal dengan pendekatan yang fleksibel terhadap agama, tanpa dogma agama yang ketat, juga ajaran mereka disampaikan oleh pemimpin rohani, sebagaimana yang diamalkan dalam tarekat-tarekat Sufi. Walaupun mereka bersaksi dengan enam rukun iman Islam, terdapat perbezaan dalam cara mereka mentafsirkan rukun-rukun tersebut. Golongan Alevi sering menghadapi diskriminasi dan stigma sejak zaman Uthmaniyah sehingga era Turki moden, dengan mereka dianggap sebagai "heterodoks" atau berbeza daripada golongan Ahli Sunah yang majoriti.

Alawiyah sering dikaitkan dengan Bektasyisme, dan istilah “Alevi-Bektasyi” digunakan untuk merujuk kedua-dua kumpulan ini. Dianggarkan penganut Alevi merangkumi antara 4% hingga 25% daripada penduduk Turki, berjumlah seramai 20 juta orang

Sembahyang Alevi dilakukan di rumah perhimpunan (cemevi) berbanding masjid. Upacara penyembahan (âyîn-i cem, atau cuma cem) memasukkan muzik dan tarian (semah) yang boleh disertai lelaki dan wanita. Daripada menggunakan bahasa Arab, bahasa tempatan diutamakan semasa upacara dan sembahyang.